Cara-cara berwuduk
1. Mulakan wuduk dengan membaca بسم الله الرحمن الرحيم " Dengan nama Allah, Tuhan yang Maha Pemurah, Lagi Maha Penyayang".
2. Sunat membasuh kedua-dua belah tangan untuk membersihkan segala najis atau kotoran yang ada pada tangan kita.
3. Sunat berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung untuk membersihkan sisa makanan yang ada dalam mulut dan membersihkan dalam hidung.
4. Niat wuduk : نويت رفع الحدث الأصغار لله تعالى " Sahaja aku mengangkat hadas kecil kerana Allah Ta'ala"
5. Membasuh muka keseluruh kawasan di antara tepi bahagian telinga kanan dan kiri, dan ubun-ubun kepala hingga ke dagu.
6. Membasuh kedua belah tangan iaitu meratakan air daripada hujung jari ke bahagian lebih dari siku.
7. Menyapu sebahagian kepala hingga ke kulit kepala.
8. Sunat membasuh cuping telinga.
9. Membasuh kedua belah kaki hingga ke buku lali.
10. Tertib iaitu melakukan rukun-rukun wuduk mengikut susunannya.
11. Sunat membaca doa selepas berwuduk.