BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Pengumuman



Tarikh Pengumuman : 30 Oktober 2011

Kutipan Derma Untuk Mangsa Banjir


Terima kasih kepada semua yang memberikan sumbangan kepada saudari Nurhidayah binti Harun, mangsa rumah terbakar. Terima kasih kepada guru-guru dan Persatuan Agama Islam atas inisiatif ini.

Projek sekolah seterusnya ialah kutipan derma untuk mangsa banjir di negara kita sendiri. Contohnya banjir besar yang melanda beberapa tempat di Johor telah menyebabkan ramai murid sekolah di sana kehilangan/kerosakan buku dan peralatan belajar di sekolah. Kasihani mereka. Marilah kita bantu mereka seberapa yang boleh. Di samping menghargai kesenangan yang kita nikmati. Tabung kutipan derma akan diletakkan di surau sekolah.

Terima Kasih

*************************************************************************************
Tarikh Pengumuman : 27 Oktober 2011

Derma Kilat

Untuk makluman semua, seorang pelajar dari Tingkatan 1 Mawar Nurhidayah binti Harun rumahnya telah mengalami kebakaran awal pagi tadi. Diminta semua guru-guru kelas membuat kutipan derma kilat di kelas masing-masing dan diserahkan kepada guru besar sebelum pukul 11 pagi.

Sumbangan ihklas dari semua  guru dan pelajar amat dihargai.

Terima Kasih

*************************************************************************************
Tarikh Pengumuman : 21 Oktober 2011

 Guru Cemerlang 2011

Sekalung tahniah kepada Cikgu Tan Li Chin di atas penganugerahaan beliau sebagai Guru Cemerlang 2011. Semoga beliau terus berbakti menabur budi di sekolah ini dan dapat mengekalkan prestasi matapelajaran Bahasa Inggeris di sekolah ini.

Terima Kasih

*************************************************************************************
Tarikh Pengumuman : 13 October 2011

Menziarahi Guru Sakit

Adalah dimaklumkan bahawa Cikgu Othman Binti Alias telah dimasukkan ke wad ICU Hospital Ipoh petang tadi akibat serangan jantung. Semua guru dan pelajar boleh menziarahi beliau di wad 5A pada waktu lawatan sahaja.

Terima Kasih

*************************************************************************************
Tarikh Pengumuman : 10 Oktober 2011

Jadual Peperiksaan Akhir Semester

Untuk makluman semua pelajar, jadual peperiksaan akhir semester telah di keluarkan. Sila rujuk di papan kenyataan utama.

Terima Kasih