BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday 24 October 2011

Wuduk dan Hikmahnya



Sebelum melaksanakan tuntutan solat, umat Islam perlu  berwuduk sebagai lambang penyucian tertentu anggota daripada segala kekotoran tetapi ia mengandungi hikmah lain yang member makna mendalam.
Berwuduk menepati kehendak ilmu kesihatan moden yang memperakui ia adalah kaedah perubatan berkesan. Ibnu Qaiyyim al-Jauzi pernah berkata : ‘ Mandi dan wuduk itu mendatangkan kesegaran badan dan kesedapan jiwa serta menghilangkan sebarang kekotoran yang diperoleh, antaranya yang disebabkan jimak’. Jesteru itu wuduk adalah sebahagian rawatan kesihatan kepada umat manusia.

Beliau berkata, bangsa Cina banyak mengkaji kaedah ilmu sains refleksologi dan mereka yakin kawasan aktif biologi akan merangsang sistem saraf  dalam tubuh manusia. Ia mampu memberi kesan positif terhadap tahap kesihatan  seseorang. Apabila seseorang menyentuh muka ketika  berwuduk, ia akan merangsang saraf untuk menyalurkan kekuatan baru kepada organ  lain seperti usus, perut, pundi kencing dan sistem peranakan. Apabila kita  membasuh kaki kanan sambil menggosok, ia akan merangsang sistem saraf bagi  memulihkan sistem tulang, usus, pankreas, hempedu serta kawasan pinggang. Apabila membasuh kaki kiri, sains perubatan mengakui ia menyihatkan  kelenjar dan kawasan otak yang mengawal sistem endoktrin. Justeru, kepentingan wuduk sebagai satu ibadah dan alternatif rawatan  kesihatan sepatutnya menjadi amalan kepada kita.
Tidak semestinya kita mengambil wuduk ketika hendak menunaikan solat atau  ketika hendak membaca al-Quran saja. Wuduk boleh dilakukan sebagai amalan untuk  membina jiwa yang suci. Kita dinasihatkan berwuduk apabila marah. Perasaan marah seseorang pasti  menurun apabila berwuduk. Cuba kita bayangkan ketika kita menuju ke tempat  berwuduk, badan kita dalam keadaan panas dan kurang bertenaga. Bagaimanapun,  apabila selesai berwuduk dengan serta-merta anggota tubuh tenteram.
Pada suatu  hari, Junaid al-Baghdady menghidap penyakit mata. Lalu, dia berubat dengan  seorang tabib Nasrani. Tabib itu menilik keadaan mata Junaid, kemudian  menasihatkan supaya matanya jangan terkena air. Pada mulanya, dia tidak  keberatan mengamalkan petua tabib itu. Namun, di rumahnya, Junaid teringat  bahawa setiap kali bersolat, seseorang itu mestilah berwuduk sedangkan berwuduk  mesti membasahi muka.
Junaid yakin Allah menjadikan setiap penyakit dan setiap penyakit itu  pasti ada ubatnya. Nabi Muhammad s.a.w bersabda bermaksud: “Allah tidak akan  menurunkan penyakit kecuali menurunkan ubatnya, maka berubatlah.” (Hadis riwayat  Ibnu Majah). Tanpa ragu-ragu Junaid pun berwuduk dan membasuhi mukanya. Kemudian  selesai melakukan solat, dia tidur. Kejadian aneh terjadi padanya, matanya  sembuh. Dengan berkat  berwuduk, ia mengandungi banyak manfaat terutama menyembuhkan pelbagai penyakit.  Itulah yang diperintahkan Allah pasti mempunyai hikmah dan kebaikannya kepada  manusia.” “Sesungguhnya umatku dating pada hari kiamat dalam keadaan  bersinar-sinar daripada kesan wuduk. Sesiapa yang berupaya untuk melebihkan  basuhan wuduknya, maka lakukanlah.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

0 comments: